Cantik
tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Mendengar perkataan "cantik",
"sales", "kurus", "awet muda" bisa membeliakkan
biji mata kaum hawa yang sedang mengantuk Memang tidak salah sukakan
kecantikan..malah Islam menggalakkan. Islam itu sendiri Indah, Bersih dan Suci.
Rasulullah
SAW menggambarkan keindahan agama yang dibawanya dapat difahami daripada sebuah
hadis yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan
kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)
Kisah
Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan basri sewaktu mudanya adalah seorang
yang sangat tampan. Beliau sangat suka memakai pakaian yang bagus-bagus dan
suka berjalan disekitar kota Basrah.
Pada
suatu hari, sedang berjalan-jalan dia melihat seorang wanita berpurdah. Mata
wanita itu sangat cantik dan menarik perhatiannya. Lalu dia mengikuti gadis itu
dari belakang.
Wanita
itu yang baru menyedari diikuti lalu menoleh ke belakang lalu berkata,
“Wahai
orang muda, apakah kamu tidak malu?”
“Kepada
siapa aku harus malu?” Tanya Hasan Basri kembali.
“Malulah
kepada Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui mata yang berkhianat dan mengetahui apa
sahaja yang ada dalam hati” jawab wanita cantik itu.
Hasan
Basri semakin tertarik kepada wanita tersebut dan timbullah rasa cinta dalam
hatinya serta tidak dapat menahan nafsu. Lalu dia terus sahaja mengikuti wanita
tersebut berjalan.
Melihat
dia terus diekori, wanita itu berkata lagi, “Mengapa kamu terus mengikutiku?”
Hasan
Basri berkata,”Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu.”
Mendengar
jawapan itu wanita ini berkata, “Baiklah, kerana kamu menyukai mataku
ini,tunggu sebentar disini. Aku akan beri apa yang kamu inginkan”. Kemudian dia
berlalu pergi.
Hasan
Basri sangat gembira dan menunggu-nunggu kedatangan wanita tersebut. Tidak lama kemudian, datanglah seorang
pembantu menghampiri Hasan Basri dan menyerahkan sebuah kotak yang tertutup
rapat. Lalu hasan Basri membuka kotak tersebut. Betapa kagetnye Hasan Basri
melihat isi kotak tersebut ternyata sepasang biji mata!
“Tuan
putriku berkata dia tidak memerlukan mata yang meyebabkan terpesonanya
seseorang seperti tuan”, kata pembantu itu.
Gementarlah
seluruh tubuh Hasan basri dan berdiri bulu romanya saat mendengar kata-kata
pembantu itu, lalu iapun memegang jantungnya sendiri dan berbisik, “Celaka
betul kamu ini, sudah berjanggut tapi tak punya rasa malu!”
Setelah
menyedari kesalahannya itu, maka dia pulang ke rumah dan menangis semalaman
kerana menyesali segala perbuatannya itu. Keesokan hari Hasan Basri pergi ke
rumah wanita itu untuk meminta maaf. Tetapi ketika sampai dia mendengar suara
wanita-wanita menangis, dan bertanya apa yang terjadi. Dan diberitahu bahawa
ada yang meninggal kerana mencongkel kedua matanya.
Hasan
Basri kembali ke rumah dan menangis selama 3 hari 3 malam dan menyesali segala
perbuatan dan kelemahan imannya. Dia bertaubat kepada Allah untuk tidak lagi
menjadi lelaki yang tidak sopan.
Pada
malam yang ke-3, Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut, dan
melihat wanita itu telah berada di syurga. Lalu Hasan Basri berkata,”wahai
wanita solehah, maafkan kesalahanku terhadapmu” Wanita itu menjawab,”sebetulnya
aku telah memaafkan kamu sejak dulu dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak
dari Allah s.w.t disebabkan kamu.”
Setelah
Hasan Basri mendengar pengakuan dari wanita itu, dia memohon nasihat yang baik.
“Dengarlah
nasihatku ini; Apabila kamu sendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah
s.w.t setiap pagi dan petang, mohon ampun dan bertaubatlah kepadanya.
Akhirnya
Hasan Basri melaksanakan segala nasihat wanita itu, sehingga dia mashur dengan
ketaqwaannya dan ketaatannya kepada Allah serta mendapat darjat yang mulia di
sisi Allah serta menjadi wali kekasih Allah.
Seorang
wanita rela mencungkil matanya disebabkan hanya kerana menjadi bahan fitnah,
namun sekarang wanita berlumba-lumba mempamerkan dan menunjukkan aurat mereka
yang seharusnya dijaga dan ditutup.
Wahai
saudaraku tutuplah auratmu sebab yang akan melihat auratmu itu adalah mereka
yang ingin merosakkanmu dan bukan yang hendak menjagamu. Apabila seseorang
memandang dnegan penuh nafsu, sesungguhnya pandangan itu disertai setan. Tidak
akan rugi seorang wanita jika menutup auratnya melainkan dia akan mendapat
pahala disisi Allah s.w.t, InsyaAllah ia akan selamat dari segala macam fitnah.
Demikian
kisah hebat seorang wanita yang terlalu takut kepada Allah. Beliau bukan hanya
tahu bercakap sahaja tentang ingin menjaga kesucian Islam, tetapi benar-benar
menterjemahkannya kedalam bentuk akhlak dan perbuatan. Aurat yang wajib ditutup
telah ditutup rapi..sehingga hanya menampakkan 2 biji mata.
Tetapi
bila seorang lelaki asing jatuh hati hanya dengan melihat mata beliau pun,
beliau sanggup memberi matanya kerana takut dengan dosa. Tapi harap-harap tak
perlulah sampai kita kena mencungkil biji mata! Hehehe.. Cuma janganlah
berlebih-lebih sangat bersolek untuk keluar rumah tu. Atau melampau sangat
menempek wajah sendiri di facebook atau laman-laman web lain. Apalah yang
tinggal untuk suami/bakal suami…kalau semua lelaki lain boleh tengok bila-bila
masa dengan percuma? Macam-macam yang mereka boleh bayangkan @ buat dengan
melihat foto-foto tu. Sungguh meloyakan. Adakah kita tak merasa malu?
11:08 / Selasa, 25 Maret 2014
Muhammad Amin
0 komentar
Post a Comment