"Ya Allah, ilhamkanlah kami untuk menjadikan dunia ini
sebagai ALAT untuk mencapai MATLAMAT iaitu AKHIRAT agar kami dapat berkumpul di JannahMU"
"Barangiapa yang
menjadikan dunia sebagai tujuannya maka Allah akan mencerai beraikan urusannya,
dan menjadikan kefakiran di pelupuk matanya, dan dunia tidak akan datang
kepadanya melainkan apa yang telah ditetapkan baginya. Dan barangsiapa yang akhirat
menjadi tujuannya maka Allah akan menyatukan urusannya, dan menjadikan
berkecukupan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan tunduk.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, no. 3313 dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam
Silsilah Ahadits Shohiihah, no. 950)
Ketahuilah bahawa (yang
dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa
semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang
mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu
(dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba
membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah
seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan
penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu
bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya
berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui
lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang
hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta
keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat).
Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang
yang terpedaya.
(Al-Hadiid 57:20)
(Al-Hadiid 57:20)
Dan Kami jadikan (sifat
tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang
menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa
dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada
memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami
tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang
benar). (Yaa Siin
36:9)
"Wahai kaumku!
Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu
sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal. (Ghaafir 40:39)
11:21 / Selasa, 25 Maret 2014
Muhammad Amin
This is a must see for any viewer of video games. The best place to watch movies online on Vimeo. This is a must see for any viewer youtube to mp3\ of video games. The best place to watch movies